Bunga Hiasan :: Hantaran Supplier :: Bunga Tiruan :: Floral Basket Supplier :: Pasu Bunga :: Pokok Tiruan

Pilihan anda yang bijak. Ingat harga murah, Ingatlah Fah Lean !
Wholesale & Retail are welcome! | Pemborong & Runcit Dialu-alukan! | 批发与零售

Bunga Hiasan Sebagai Alat Untuk Mempercantikkan Rumah Anda

Memang tidak boleh dinafikan bahawa setiap orang amat menyukai keindahan dan keceriaan yang datang daripada bunga hiasan. Bunga hiasan merupakan cara yang terbaik untuk mencantikkan rumah anda. Persoallanya, apakah cara menggunakan bunga hiasan sebagai dekor rumah supaya indah mata yang memandang?

Tempat letak bunga hiasan

Untuk menata bunga hiasan pada rumah anda, anda harus benar-benar memikirkan detail seperti vas atau pasu yang hendak digunakan. Anda juga harus memikirkan bunga hiasan jenis apakah yang paling sesuai dengan dekor rumah anda. Pasu bunga hiasandapat member impak yang besar kepada dekor rumah anda. Mislanya, bunga hiasan tampak biasa sahaja jika diletakkan dalam pasu berwarna coklat yand biasa. Namun, ia kelihatan berkelas dan bergaya jika diletakkan ke dalam pasu gelas antik yang tinggi.

Bagaimanakah menata bunga hiasan?

Salah satu perkara utama yang perlu diperhatikan ialah penataan bunga hiasan ini. Bagaimanakah anda hendak menata bungan hiasan ini? Adakah anda hendak bunga ini membawa focus tetamu kepada sebua pasu antic, adakah anda hendak menutupi sebuah tingkap yand lebar dan kelihatan kosong? Adakah anda hendak menambahkan warna ke ruang memasak anda? Jika anda hendak melengkapkan sebuah sudut yang kelihatan kosong, gunakanlah buanga hiasan yang besar dan tinggi. Jika hendak mendekorasi meja makan, gunakan bunga pendek yang berwarna lembut pula.

Peribahasa Inggeris “Less is More”

Ingat di dalam hait bahawa sesuatu yang berlebihan tidak semestinya bagus. Kita harus sentiasa bersikap sederhana dalam apa-apa yang kita buat. Samalah dalam proses mencantikkan rumah dengan menggunakan bunga hiasan. Jikalau bunga anda besar dan berwarna ‘’striking’’ sangat, tidak usahlah menggunakan pasu yang banyak bercorak. Jikalau memakai pasu yang berwarana warni dan penuh dengan corak, lebih elok menggunakan bunga yang berwarna ptih atay merah jambu lembut. Anda juga harus ingat bahawa tidak cantik ruangan anda jika terlalu banyak bunga hiasan di satu ruang. Sebuah pasu di semua ruang sudah mencukupi. Bagi ruangan yang lebih besar seperti dapur dan rung tamu mugnkin boleh menambah satu pasubunga yang kecil.

Sentiasa berjimat-cermat semasa membeli bunga hiasan

Jangan terburu-buru semasa hendak membeli bunga hiasan serta alat kelengkapannya seperti vas dan pasu. Cermatlah dalam melakukan proses ini, jangan menghabiskan terlalu banyak wang dalam proses ini. Bunga hiasan semestinya tidak terlalu mahal. Jangan dikena tipu oleh pekedai. Walaupun mengambil banyak siang dan malam untuk mencari bunga hiasan yang sesuai dengan cita rasa anda, semestinya anda akan menemukan bunga hiasan yang sempurna untuk mencantikkan rumah kediaman anda.