Bunga Hiasan :: Hantaran Supplier :: Bunga Tiruan :: Floral Basket Supplier :: Pasu Bunga :: Pokok Tiruan

Pilihan anda yang bijak. Ingat harga murah, Ingatlah Fah Lean !
Wholesale & Retail are welcome! | Pemborong & Runcit Dialu-alukan! | 批发与零售

Dekorasi Pernikahan Buatan Sendiri Menggunakan Bunga Hiasan

Majlis perkahwinan adalah sebuah momen yang special dalam kehidupan seseorang kerana ianya berlaku sekali sahaja. Oleh sebab itu, persiapannya pun maksimum dan melibatkan banyak pihak. Pada era globalisasi ini, pembiayaan sesebuah majlis pernikahan Bertenanglah, kerana di sini kami mempunyai beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk menghemat penyelenggaraan majlis perkahwinan anda.

1. Meletakkan Bunga Hiasan Dalam Botol Gelas Yang Diikat Kepada Buluh

Dekorasi bunga hiasan ini akan member majlis perkahwinan anda suasana yang indah dan ceria, tanpa anda harus membiayai duit yang banyak. Banyak majlis perkahwinan dehiasi dengan buket bunga-bungaan yang besar. Agar majlis perkahwinan anda kelihatan unik serta lain daripada lain, anda bolehlah memajang bunga dengan kaedah yang unik.

Kaedah membuatnya amat mudah. Pertama, anda membersihkan botol gelas dari minumannya serta label yang dilekat. Lalu ikat buluh setinggi 1.5m dengan tali. Masukkan 2 atau 3 tangkai bunga hiasan ke dalam botol tersebut. Itu sahaja!

2. dekorasi bunga hiasan pada pintu masuk

Biasanya kita suka pasang janur sebagai tirai pintu masuk ke dalam majlis perkahwinan. Tetapi jikalau anda henda majlis yang lebih unik. Pasanglah bunga hiasan secar terbalik. Anda boleh menggunakan apa-apa bunga yang anda gemari seperti anggerik, mawar, lili, krisan, wisteria atau bunga air mata pengantin. Lalu anda ikatkan bunga hiasan tersebut pada tali dengan posisi ketinggian and berlainan antara satu sama lain agar membentuk tirai setengah lingkaran. Dengan hiasan pintu yang unik yang dibuat menggunakan bunga hiasan ini, sudah pasti para tetamu anda akan menyukainya!


3. prop bergambar untuk para tetamu yang dihiasi bunga hiasan

Adakah anda ingin para tetamu anda mengambil gambar pada majlis perkahwinan anda dan menghashtag nama anda dan pasangan anda? Adakah anda mengidamkan hashtag tersebut dipenuhi dengan gambar-gambar yang menawan? Jadi apakah prop yang senang dicipta sendiri until memastikan gambar-gambar ini kelihatan bagus? Ini dia… basikal using yang didekorasikan dengan bunga hiasan.
Kaedah mencipta prop bergambar ini ialah, ana harus menggunakan sebuah basikal yang sudah using dan tidak lagi digunakan. Lalu letakkan sebuah pasu bunga hiasan di bahagian sedel hadapan, belakang dan di keranjang hadapan (jika ada). Satu cara yang lain ialah anda boleh mengikat beberapa potong bunga dan daun pada tali sawat, kemudia tata tali ini pada rangka basikal. Dengan hiasan seperti ini, hasil gambar majlis perkahwinan anda pasti lebih terkenang.