Bunga Hiasan :: Hantaran Supplier :: Bunga Tiruan :: Floral Basket Supplier :: Pasu Bunga :: Pokok Tiruan

Pilihan anda yang bijak. Ingat harga murah, Ingatlah Fah Lean !
Wholesale & Retail are welcome! | Pemborong & Runcit Dialu-alukan! | 批发与零售

Gubahan bunga hiasan Di Ruang Tamu yang Nampak Anggun

Ruang tamu adalah ruangan ayng paling penting di sesebuah rumah kerana para tetamu melihat ruang tamu dahuly sebelum ruangan yang lain. Jadi para tetamu mendapat impresi pertama dari ruang tamu. Kita semua tentu hendak meninggalkan impresi yang bagus kepada para tetamu. Oleh sebab itu, anda perlu mempertikaikan kekemasan dan kecantikan ruang tamu supaya paru tetamu berasa nyaman dan selesa dan tidak berasa bosam dengan suasana ruang tamu anda yangi ndah dan menarik.

Memang bukan hal yang susah untuk mempercantikkan ruang tamu. Ianya juga langsung tidak mahal. Anda boleh mula dengan menggantikan alas meja dyang mempunyai warna unik atau motif yang lain daripda yang lain. Anda juga boleh meletakkan bantal-bantal kecil dan comel sebagai pelengkap sofa. Selain itu, anda boleh menata gubahan bunga hiasan sebagai sentuhan terakhir untuk membawa sedikit keceriaan dan warna kepada ruang tamu ada. Berikut ialah beberapa cara menata ruan tamu rumah anda dengan bungah hiasan.

Gunakan Pasu bunga hiasan

Jika anda ingin menambah aura positif di dalam rumah, anda bolehlah meletakkan gubahan bunga hiasan di ruang tamu, ruang makan, dapur atau tempat lain di mana anda paling banyak menghabiskan waktu semasa di rumah. Pilihlah pasu yang sesuai dengan ukuran dan bentuk bunga yang ingin ditampilkan. Jika anda hendak menampilkan pelbagai jenis bunga di satu tempat, kami mencadangkan bahawa anda menggunakan sebuah pasu yang besar. Tetapi jika anda hendak menata ruang tamu dengan satu atau dua jenis gubahan bunga hiasan sahaja, lebi helok menggunakan pasu yang tingginya sederhana dan sempit.

Perhatikan Penempatan Gubahan bunga hiasan

Anda tidak semestinya perlu menyesuaikan warna bunga dengan tema ruangan kerana gubahan bunga hiasan sesuai untuk mempercantikkan apapun tempat. Hanya perhatikan penempatannya. Jangan anda meletakkan gubahan bunga hiasan ke atas meja yang sudah dipenuhi dengan piala, alat permainan atau bingkai gambar kerana iannya hanya akan mengurangkan kecantikan gubahan bunga hiasan. Anda bolehlah menata gubahan bunga hiasan di sudut ruang tamu, meja makan atauy pojok ruangan. Peranan gubahan bunga hiasan yang berwarna-warni ialah sebagai penyeimbang dan elemen berkontras dalam ruang serta member kesan kesegaran kepada sesuatu ruangan. Dengan memilih pasu bunga dan gubahan bunga hiasan yang kelihatan menawan, anda boleh menghiasi ruang tamu anda dengan senang sekali.

Hindari sinar matahari yang panas

Hindari paparan sinar matahari yang kuat ke atas gubahan bunga hiasan anda. Ada sesetengah gubahan bunga hiasan yang boleh pudar warnanya. Sesetengah gubahan bunga hiasan mempunyai salutan lilin pada daun palsu yang boleh cair lalu kelihatan hodoh.