Hantaran Supplier :: Artificial Flower Supplier :: Bunga Hiasan :: Bunga Tiruan :: Floral Basket Supplier :: Pasu Bunga :: Pokok Tiruan

Pilihan anda yang bijak. Ingat harga murah, Ingatlah Fah Lean !
Wholesale & Retail are welcome! | Pemborong & Runcit Dialu-alukan! | 批发与零售

Tips Memilih Hadiah Perkahwinan dan Barang Hantaran di Malaysia

Adakah anda sedang manjalani majlis perkahwinan anda tidak lama lagi? Ataupun sedang meyedia dalam medirikan rumah tangga dalam masa yang terdekat? Kami memahami perancangan bagi kesemua ini akan memberi kesusahan. Berikut adalah sedikit sebanyak panduan dalam penyediaan pertunangan dan perkahwinan, terutamanya hadiah dan hantaran perkahwinan.

Tip dalam memilih barang hantaran.

Perbincangan antara pasangan pengantin diperlukan dalam penyediaan barang hantaran, dulang dari kedua-dua pihak. Kejutan bukanlah cadangan yang terbaik dalam masa penyediaan perkahwinan. Membincang, memilih dan membeli bersama jika perlu.

Tetapkan kombinasi dalam jumlah barang hantaran yang diperlu, biasanya kuantiti lebih bagi pihak perempuan kalau mengikut tradisi warisan. Walau bagaimanapun, kuantiti hantaran hendaklah mengikut adat dengan jumlah nombor ganjil.

Jika boleh elakkan jumlah dulang hantaran yang terlalu banyak. Tetapi jika anda bercadang ingin memberi hantaran yang banyak dan melebihi jumlah dulang yang dirancang, bergabunglah barangan yang sesuai diletakkan dalam satu dulang.

Senarai hantaran perlu ada kelengkapan pakaian, makanan dan snek ringan, buah tangan, kasut, dan sebagainya. Biasanya hantaran termasuk makanan manisan bagi ahli keluarga pengantin, kalaulah nak memikat anak orang perlulah ambil hati ahli keluarganya.

Semasa pemilihan hantaran anda kena sesuaikan dengan tray yang anda guna. Pastikan saiz tray sesuai untuk memuat segala barang hantaran. Ia pasti lebih menarik jika anda memilih tray untuk pelbagai jenis barang hantaran.

Jangan membeli barang-barang hantaran yang terlalu besar, kerana ia pasti menambah kesusahan dalam pengubahan hantaran perkahwinan. Gubahan hantaran disenangkan dengan barangan yang kecil dan sederhana. Sebagai contoh, pilihlah saiz beg-beg sederhana atau kecil.

Pilihlah warna hantaran megikut tema. Ini penting dalam memabtu penampakan keserasian warna dengan barang hantaran.