Hantaran Supplier :: Artificial Flower Supplier :: Bunga Hiasan :: Bunga Tiruan :: Floral Basket Supplier :: Pasu Bunga :: Pokok Tiruan

Pilihan anda yang bijak. Ingat harga murah, Ingatlah Fah Lean !
Wholesale & Retail are welcome! | Pemborong & Runcit Dialu-alukan! | 批发与零售

Hantaran Biasa di Malaysia

Orang Melayu di Malaysia mengamalkan penukaran hantaran semasa perkahwinan dalam budaya warisan Melayu. Amalan tersebut dipentingkan dalam majlis pertunangan dan perkahwinan, antara pengantin lelaki dan juga perempuan. Kebanyakan masanya pertukaran "Hantaran" dimulakan dari pihak pengantin lelaki, dan dihantarkan ke rumah pihak perempuan. Selepas itu, pihak pengantin perempuan pula memulangkan Hantaran kepada pihak lelaki.

Sering kali nilai Hantaran tidak perlu ditetapkan, bagi meringankan bebdan kedua-dua pihak keluarga pengantin. Walau semedimikian, kuantiti hantaran semestinya dihadiahi dalam nombor ganjil (3,5,7,9…). Sebagai balasan dari pihak perempuan, hantaran perlulah menyediakan 2 tambahan di atas kuantiti yang diterima. Amalan ini juga diwarisi sejak turun-temurun. Antara benda-benda yang biasa dipilihi, ia termasuk barangan kemas, Al-Quran, set solek, kek dan lain-lain. Jadual di bawah menunjukkan hadiah yang sering dipilihi sebagai Hantaran perkahwinan Melayu.

Bagi Pengantin Perempuan Bagi Pengantin Lelaki
"Tepak sirih" "Tepak sirih"
Mahar Baju/ Seluar
"Baju Kurung" Beg
Al-Quran (or tafsir) Kasut
Sejadah Al-Quran (or Tafsir)
Cokolat/Gula-gula Sejadah
"Bunga Rampai" "Bunga Rampai"
Jam Tangan Jam Tangan
Kasut Minyak Wangian
Beg Tangan Tuala
Minyak Wangian Buah-Buahan
Tuala Kek
Set Solekan Biskut
Biskut Cokolat/ Gula-gula

Walaupun sedemikian, amalan tersebut tidak sepenting dibandingkan dulu. Generasi yang modern hari ini sering menerima bilangan hantaran yang sama dari kedua-dua pihak. Pilihan hantaran zaman ini termasuk hadiah yang modern selain daripada tradisional. Yang pentingnya, hantaran semestinya dihadiahi dengan hati yang ihklas semasa majlis perkahwinan. Hantaran zaman kini didekorasi dengan reka bentuk yang menarik. Laman https://www.fahleanfloral.com memberi pelbagai jenis dan ilham bagi idea hantaran.