Bunga Hiasan :: Pasu Bunga :: Bunga Tiruan :: Pokok Tiruan

Pilihan anda yang bijak. Ingat harga murah, Ingatlah Fah Lean !
Wholesale & Retail are welcome! | Pemborong & Runcit Dialu-alukan! | 批发与零售
New Products
Useful info

Pemborong Bunga Hiasan Dan Pokok Tiruan

Fah Lean Floral Trading Sdn Bhd adalah pengimport dan pemborong bunga hiasan, bunga tiruan dan pokok tiruan di Malaysia sejak tahun 2004. Selain daripada perniagaan pemborongan pasu bunga produk dan hadiah pekahwinan Melayu, Fah Lean juga mempelbagaikan model perniagaan kepada aktiviti peruncitan, rekaan bunga dalaman dan landskap luaran. Misi korporat kami ialah menyediakan pelbagai produk berkualiti dan perkhidmatan yang terbaik untuk kesemua pelanggan kami, dari pelbagai peringkat.

Fah Lean Floral Trading Sdn. Bhd. menyediakan pelbagai kelengkapan buat mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan. Fah Lean sentiasa menjadi pilihan utama bakal pengantin baru. Menjadi pengimport, pemborong dan peruncit membuatkan nama Fah Lean dikenali ramai.

Fah Lean juga dikenali sebagai pusat sehenti perkahwinan kerana menyediakan pelbagai kelengkapan daripada bunga hiasan, aksesori kraftangan, lace, reben dan alatan gubahan bunga. Selain itu, untuk majlis perkahwinan pula gedung ini mejual pelbagai koleksi bunga telur, segala barang-barangan untuk persiapan perkahwinan, hiasan pelamin, tempahan gubahan hantaran, tempahan gubahan bunga dan juga cenderahati.

seterusnya

Pasu Bunga

Pasu Bunga

Pasu bunga yang kami tawarkan di Fah Lean Floral Trading mempunyai pelbagai fungsi. Ia boleh digunakan sebagai pasu bunga untuk hiasan tengah pada meja makan di majlis pernikahan, sebagai hantaran atau hiasan biasa. Pasu-pasu bunga kami semuanya diperbuat daripada bahan-bahan yang berkualiti dan tahan lama. Pasu bunga kami boleh didapati dalam berbagai-bagai warna, corak dan gaya yang akan membuatkan anda rambang mata. Pasu bunga kami direka khusus supaya tidak mudah pecah dan rosak. Jadi, anda juga tidak usah khuatir tentang pasu-pasu ini tercalar semasa membawa hantaran dan lain-lain. Ia juga boleh dijadikan sebagai kenang-kenangan buat selama-lamanya!

Bunga Hiasan

Memang tidak boleh dinafikan bahawa bunga hiasan pada era ini member bafas baharu kepada hiasan majlis perkahwinan, majlis pertunagan serta dalam gubahan hantaran juga. Bunga hiasan boleh memberikan keunikan kepada sesebuah perkahwinan dengan serta-merta. Kami di Fah Lean Floral Trading merupakan pakar dan perintis dalam bidang gubahan bunga hiasan di Malaysia. Tidak lengkaplah pelamin anda jika tidak dihiasi dengan dekorasi bunga hiasan yang berwarna-warni mengikut tema majlis perkahwinan anda. Kami akan melengkapkan majlis anda dengan gubahan bunga hiasan yang mengikut rapat dengan cita rasa anda. Bunga hiasan kami ditempah khas untuk anda mengikut cara gubahan, warna serta reka bentuk yang anda idamkan. Gubahan bunga hiasan kami pasti akan memuaskan anda!

Bunga Hiasan
Hantaran

Hantaran

Gubahan hantaran pada zaman ini tidak lagi sama seperti zaman nenek kita terdahulu. Percambahan dunia moden dan canggih membuatkan kami di Fah Lean Floral Trading lebih kreatif dan inovatif dalam menggubah serta menghiasi hantaran anda supaya menjadi buah mulut para hadirin. Kami menggunakan bunga tiruan yang berwarna-warni mengikut tema majlis pernikahan anda kerana dapat mengekspresikan rasa cinta yang mendalam kepada si dia dengan menghiasi bunga tiruan yang tahan selama-lamanya di keliling dulang hantaran. Kami membekal pelbagai jenis, warna dan bentuk dulang hantaran yang sesuai dengan cita rasa tersendiri anda. Dulang-dulang hantaran yang kami bekalkan dating dalam bentuk-bentuk unik, berangkai dan berwarna emas atau perak yang berkilat. Memori hantaran ini pasti anda ingat hingga ke akhir hayat!