Fah Lean Floral Trading Sdn Bhd adalah pengimport dan pemborong bunga hiasan, bunga tiruan dan pokok tiruan di Malaysia sejak tahun 2004. Selain daripada perniagaan pemborongan pasu bunga produk dan hadiah pekahwinan Melayu, Fah Lean juga mempelbagaikan model perniagaan kepada aktiviti peruncitan, rekaan bunga dalaman dan landskap luaran. Misi korporat kami ialah menyediakan pelbagai produk berkualiti dan perkhidmatan yang terbaik untuk kesemua pelanggan kami, dari pelbagai peringkat.
Fah Lean Floral Trading Sdn. Bhd. menyediakan pelbagai kelengkapan buat mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan. Fah Lean sentiasa menjadi pilihan utama bakal pengantin baru. Menjadi pengimport, pemborong dan peruncit membuatkan nama Fah Lean dikenali ramai.
Fah Lean juga dikenali sebagai pusat sehenti perkahwinan kerana menyediakan pelbagai kelengkapan daripada bunga hiasan, aksesori kraftangan, lace, reben dan alatan gubahan bunga. Selain itu, untuk majlis perkahwinan pula gedung ini mejual pelbagai koleksi bunga telur, segala barang-barangan untuk persiapan perkahwinan, hiasan pelamin, tempahan gubahan hantaran, tempahan gubahan bunga dan juga cenderahati.